Sunday, November 13, 2011

Ariff dan Binatang



anak-anak seringkali memujuk dan
meminta izin untuk memelihara kucing
namun aku menolak dengan berbagai alasan
kerana aku memang tak tahan bau hancing kencing
dan bau "uk uk" makhluk berbulu itu
lagi pun, rumah kami yang sekangkang semut ni
memang tidak sesuai untuk memelihara binatang peliharaan

sebelum ini,
aku dah pernah mengizinkan Ariff dan Athirah
memelihara kura-kura
tapi, bila kura-kura tu membesar terpaksa pula memikirkan
dan mencari tempat yang bersesuaian
setelah dipikir-pikirkan, ada sedikit ruangan di balkoni
situlah ditempatkan Jamal (kura-kura kepunyaan Ariff)
dan Molly (kura-kura kepunyaan Athirah)

satu hari, Jamal hilang
hilang tidak dapat dikesan
serpih cengkerangnya pun tak jumpa
mungkin dah terjun dari balkoni !
penyudahnya, Molly terpaksa diserahkan
kepada sepupu Athirah
untuk dipelihara

anak bujangku, Ariff memang suka pada binatang
yang lucunya, dulu-dulu kalo ditanya nama species burung,
dia hafal satu persatu-satu
siap describe lagi rupa paras burung tersebut ..

dia pernah menyelamatkan anak anjing yang basah kuyup
terjatuh dalam longkang besar yang airnya agak deras
dengan menggunakan kotak kadbod
yang kebetulan ada di tepi longkang
anak anjing itu berjaya dialihkan keluar dari longkang itu..

dia pernah bercerita dengan adiknya yang dia rasa seolah-olah
ada chemistry dengan kucing (hehehe.. kemain kimialah pulak)
peristiwa ni berlaku di asramanya di PD

ceritanya begini :
sedang dia membersihkan kawasan masjid (gotong royong)
datang seekor kucing menggeselkan badannya di kaki Ariff
kucing tu mengeow dengan suara yang sayu
mulanya tidak dihiraukan
tapi kucing tu semakin galak mengeow

kemudian, kucing tu berjalan beberapa tapak
menoleh ke arah Ariff, seolah-olah ingin memberitahu sesuatu
Ariff tidak berganjak.. hanya memerhatikan saja
kemudian, kucing itu mengulangi lagi perkara yang sama
berjalan beberapa tapak dan menoleh lagi ke arah Ariff
kali ini, seolah-olah meminta Ariff mengikutinya

dia pun mengekori kucing tersebut
hingga sampai di saf muslimah di tingkat atas masjid tersebut ..
kucing itu berhenti dan mengeow ke arah tingkap

melihatkan gelagat kucing itu
terdetik di hati Ariff untuk membuka tingkap
dan ternampaklah olehnya 5 ekor anak kucing
yang tak henti-henti mengeow seolah-olah mencari ibunya
bila ibu kucing itu menghampiri anak-anaknya
berebut-rebutlah anak-anak kucing itu menyusu ..

Ariff telah menyelamatkan anak-anak kucing itu dari mati kelaparan ..


Ariff dan kawan-kawan sedang menjamu selera bersama kucing ..




nota kaki ayam : oh! .. diriku belum ada "kemampuan" untuk makan sepinggan dengan kucing ..



*

15 orang bersuara:

Hua said...

adui.. macam adik saya. orang marah dia jerit2 pun dia still nak makan sesudu dengan kucing. Minum air pun sama,boleh pulak dia rendahkan gelas bagi kucing minum sama. Kalau dia kecil lagi xpe,boleh la rampas kucing tu. Ni dah hbs spm dah pun. Memang tak ber 'kemampuan' lah saya nak tengok

wos said...

sedih pulak saya baca entry kak uji ni..

walaupun saya penakut dgn kucing.
tapi bila ada anak2 nih.. saya selalu membayangkan kucing tu mcm budak2/ baby.

kesian sangat kalau tengok dia mengiau kelaparan...

uji6june said...

En./Cik Hua ..

agaknya adik kamu tu sama ngan anak akak kot.. ada kimia ngan kucing .. hehehe ..

terima kasih Hua kerana sudi singgah di blog ini, bila2 free singgah dan komenlah lagi ye..




*

uji6june said...

Wos ..

hehe.. Wos sedih yang part mana tu?

akak ni penakut gak ngan kucing sebab ada pengalaman kena cakar..

tapi kalo pi makan kat gerai ke.. kucing salu datang mai gesel2 kat kaki akak.. saja je nak sakat akak tau, gaknye depa ada bau orang yang takut pada species depa kot .. :)



*

Penoreh Getah said...

sy boleh share makan cam tu..cuma cara sembunyi..tanpa dilihat oleh orang lain terutama suami..hahahaha

uji6june said...

Nolly ..

oooooo .. takut kena leter ngan suami ye ..

ko memang "berani" lah Nolly ..



*

kak nina ryr said...

salam uji..pe kabar..harap sihat2 je..hamboihh..tak sudi bls sms akak yer..ke dah tuko numbe?sib baek la add blog ni akak fav kan..kalo idak..xdapek la baca2..tuliss le lg..akak suker!

Mrs. Lady's Stylo said...

Salam buat semua stylo ladies di sini,

Blog khas buat PENCINTA HANDBAGS yang stylo (handbags & tips):

http://mrsladysstylo.blogspot.com/

TQVM (:

uji6june said...

kak nina ryr ..

salam kak, Alhamdulillah uji sihat adanya..

sori la, tak reply sms sebab masa tu credit xpired, pastu bila dah ada credit lupo lah plak ..

ok kak, bila akak free singgahlah sini ye ..


*

uji6june said...

Mrs. Lady's Stylo ..

terima kasih kerana singgah ..


*

NaniRostam said...

salam uji...nani nak menjemput uji ke majlis perkahwinan anak sulong nai...boleh sms alamat...nani nak anto kad..

uji6june said...

Nani ..


terima kasih Nani atas undangannya,
tak sangka plak Nani sudi jemput saya ni ..

insyaAllah, kalo tiada aral melintang, saya cuba hadir ..

kalo ada Ratna tentu best kan? ^____^




*

NaniRostam said...

salam uji...sori rasa macam tak sempat nak salin alamat dah lupa uji anta kat emel atau sms...boleh sms/emel/pm alamat sekali lagi...tengs dear

Nazihatul Hanan said...

menarikk cita ni maksuuu :)

azrinna said...

Menarik kisah ini. mudah2an rsa sayang pd binatang akan berterusan ingga dewasa

Powered by Blogger.