Tuesday, August 9, 2011

tak reti berSYUKUR ..



tengahari tadi aku ke pasar basah untuk membeli keperluan dapur yang makin mengering kontang di esbok.

sedang aku memilih-milih ikan,.. tiba-tiba aku dengar, ada suara yang menyapa.

aku pasti dia mengaju percakapannya padaku kerana memang takde orang lain di situ selain aku..

"apalah, hari-hari asyik ikan yang sama jer..
jelak aku.."

amboi! .. bukan main kuat lagi suara Abang Haji ni. rasa-rasa akulah, kalo suruh dia azan kat madrasah ke, tak payah pakai mikrofon!
(aku panggil Abang Haji sebab tengok dia pakai ketayap dan umur macam lebih kurang suami aku jer).

tadi tu, rasa macam nak sound dia balik :

"Abang Haji oii.. bersyukurlah, negara kita ni masih ada ikan lagi kat laut, masih subur tanah nak tanam sayur.. cuba tengok Somalia tu, rakyat dorang tu kebulur, miskin satu hal, nak bercucuk tanam pun tak upaya dek kerana tanah yang kering kontang.."

tapi dialog di atas ni hanya berlegar-legar dalam hati aku jer..

lagipun tak kuasa nak cakap, sepatutnya kalo dah berumur macam tu, lagi berotak bila nak bercakap kan?

cuba tengok penderitaan rakyat Somalia
ni




nota kakiayam : aku mual dengan sesetengah orang yang hidupnya tak habis-habis bersungut .. walopun sedikit, tapi rezeki tu tetap ada kan? cubalah belajar bersyukur dengan rezeki yang Allah beri ..


6 orang bersuara:

bintangjauh said...

Salam Ratuku Uji, terdahulu teramat gumbira setelah lama Uji mendiam kan diri, berbunga mekar rasa perasaan pabila ternampak entry baru, ya ampun, kok lama mogoknya!

Selamat berpuasa dibulan Ramadhan nan suci-mulia ini buat Uji seisi keluarga.

Oiii ... garang nya Ji bunyi cerita hari ini dek kerana puasa ya Ji kalu dah lama sound tepat ke-Abang Haji tu ya.

Ketayap ke atau tak ber-ketayap namun manusia masihi bersifat jahil, gimana tu Ji, walhal bak kata Uji negara kita masihi kaya dengan makanan dan sayuran tapi masih lagi ada banyak yang merungut dan mengeloh, lagi tu dibulan Ramadhan ini tiada lansong rasa kesyukuran kepadaNya, agaknya terlalu mewah dan tidak pernah merasai azab hidup yang berat seperti yang ditimpa di- Somalia sekarang ini maka itu asyik membebel kalu Allah SWT trigin sembur kan dugaan yang super maha terancam azab nya tak tahu gimana bebelan Abang Haji tu ya!

Ratna ni sejak dua menjak hampir setiap hari menyediakan sayuran yang ditanam sendiri, berkat rezeki jangan sesekali membebel, wajib ber-syukran gitu, Alhamdullillah .........

Masak hidangan apa hari ini Ji?

Salam manis manis madu.

lupekanje said...

betul tu Uji...kita bersyukur dengan rezeki yang masih Allah beri pada kita, walopun selalu kita melanggar perintahNya, lalai, tidak mengingatiNya, namun tetap ada peruntukan rezeki yg Allah berikan. Allah tetap ingat pada kita... Bersykurlah selalu....

PINKMARGENTA said...

sangat setuju!!

uji6june said...

w'salam Ratna..

ye, agak lama uji tak update blog ni, sebab rasa macam takde n3 istimewa nak dipaparkan walopun memang ada yang sudah ditaip, tapi masih tersimpan di dalam draft.

owh!.. bukannya nak garang sebarangan, tapi kadang-kadang geram dengan sesetengah manusia jenis yang tak reti nak bersyukur ni..

baguslah Ratna makan sayuran dan buah-buahan hasil dari tanaman sendiri.. itulah berkat berbudi dengan tanah.. Alhamdulillah..
baguslah, tanah di Peranchis tu memang subur ye?
uji dengar Ratna ada tanam buah berries kan?

Ratna pon dah lama tak telefon uji,
anak-anak semua apa kabar?
Jean-Luc sihat? camana dengan kerja dia?

oh ye!, nanti n3 akan datang uji nak papar cerita dan letak gambar kami masa buat gathering 17 Julai haritu, kali ni kami ajak Shikin Osman, kebetulan dia balik Malaysia sebulan.

Ratna kenal tak dengan Rozanita Khairuddin?
dia dah meninggal 3 Julai baru-baru ni, dia hidap breast cancer pastu cancer melarat pi ke otak dia.. :(

oklah Ratna, uji dan keluarga juga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya in advance.. manalah tau, kot-kot tak panjang umur ..

babai, take care and love you! .. mmppuahhzz!!

*

uji6june said...

betul tu Acik..
kita kena belajar bersyukur
sikit atau banyak, kalo memang dah itu rezeki kita, terimalah seadanya..

kalo rezeki yang sedikit tu
Allah rentap terus jadi tiada, macamana?

hmmmm .. tapi memang macam tulah lumrah manusia ni..

*

uji6june said...

terima kasih Pink Margenta
kerana sudi singgah sini

singgah-singgahlah selalu ye.. ^____^



.

Powered by Blogger.