Friday, August 26, 2011

Ramadhan berlalu, Syawal bertamu ..



bulan suci Ramadhan bakal meninggalkan kita
tidak berapa hari saja lagi

dan tidak pasti samada kita dapat bertemu lagi
bulan suci ini untuk setahun dari sekarang

semoga dengan bimbingan Allah SWT

kita dapat mengekalkan nikmat IMAN dan TAKWA
sebagaimana kita berusaha mendidik nafsu di sepanjang Ramadhan ini ..

dan ..
di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1432 Hijrah
kepada semua rakan blogger
dan kepada sesiapa saja yang kebetulan singgah di blog ini






*


3 orang bersuara:

bintangjauh said...

Salam lebaran wahai Ratuku Uji, Selamat menyambut Hari Raya IdilFitri buat Uji sekeluarga juga mohon kemaafan zahir/lahir dan batin.

Pabila memakan juadah hari raya seperti ketupat, lemang dan serunding ingat-ingat lah Ratna yang terlalu jauh ini, kempunan sungguh ... lemang ber-buluh yang dibakar kan di-api kayu tidak ada disini lagi kan ketupat ber-daun kelapa muda!

Semoga sambutan perayaan lebaran ini begitu meriah berkumpul bersama sanak saudara sepusat sepusing dibandar halaman.

Salam manis manis madu.

uji razali said...

Ratna;

TaqabbaAllaahu minna wa minkum
semoga amalan kita sepanjang Ramadhan diterima Allah SWT.. Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Ratna sekeluarga.. uji mohon maaf andai ada silap dan salah uji disepanjang persahabatan kita.

seperti raya yang sudah-sudah, rumah uji tidak menyediakan lemang, hanya nasi himpit, rendang minang, kuah lodeh, sambal tumis dan kuah kacang sahaja disamping biskut2 serba sikit.

setakat ini, uji hanya sempat balik rawang dan pergi rumah kakak uji je, belum berkesempatan berkumpul sesama adik beradik.. :(

uji harap Ratna, Luqman dan anak-anak di Peranchis sihat sejahtera.. bila nak balik Malaysia?


** sebenarnya sepanjang pagi tadi, uji cuba balas komen Ratna, tapi tak boleh, .. entah kenapa entah dengan blogspot ni .. hmmm ..


*

kuchintaantik said...

tertarik ngan nama blog yg saya rasa satu aliran. Saya lahir pada 6.11 errr 61, so suka pilih nombor ni utk keta/password (hahaha terbongkar dah!). Izinkan saya jadi follower.

Powered by Blogger.