Friday, August 12, 2011

ALLAH .. GPSku



petang 3 Julai tu aku terima mesej dari Zana beritau yang kawan sekolah kami, RK telah dimasukkan ke hospital semula kerana barah yang dihidapinya.. kali ni RK amat tenat.

ketika itu aku berada di rumah kakakku dan keadaan waktu itu tidak memungkinkan aku untuk menziarahi RK dan ditambah pula waktu itu agak sudah kepetangan.

malam, kurang lebih 8.30, aku terima lagi mesej dari Zana ..

"uji, RK dah meninggal"

.. "إنا لله و إنا إليه راجعون"

niat aku untuk bertemu RK selepas arwah keluar dari hospital, April lalu berakhir dengan berita pemergiannya ini. sebenarnya, kami telah mengaturkan reunion pada 2 Julai, tapi di saat-saat akhir diberitakan arwah tidak dapat menghadirkan diri.

jadi, disebabkan terkilan tidak dapat berjumpa arwah pada tarikh yang ditetapkan itulah, membuatkan aku seboleh mungkin untuk "berjumpa" arwah untuk buat kali penghabisan ini. dan aku berniat untuk ada sama masa arwah dimandikan dan dikapankan.

malam itu di Facebook, kawan-kawan (ex-Assuntarians) telah menyebar-nyebarkan berita ini dan ada kawan yang telah meletakkan alamat rumah RK di wall Facebook untuk memudahkan kawan-kawan yang lain menziarahi RK buat kali yang terakhir.

Kota Damansara - aku memang tak tau area ni ... walopun aku dulu budak PJ, tapi lepas SPM, arwah abah berpindah lagi (maklumlah polis, asyik pindah randah je) .. so, PJ yang kutinggalkan puluhan tahun tu dah tentu-tentunya banyak taman-taman perumahan yang baru.

pagi 4 Julai tu, sebagaimana yang dijanjikan dengan Zana dan Mariam, kami merancang bertemu terus di Masjid Kota Damansara, di mana jenazah akan dimandikan, dikapankan dan disembahyangkan di situ.

aku buntu, aku telefon Zana dan minta direction untuk ke Masjid itu. Aduh! dari direction yang diberikan oleh Zana, aku jadi bertambah KERIRU .. beliau pun sebenarnya tak berapa pasti kerana beliau sendiri dihantar suami untuk ke situ, pun ketika suami beliau bercakap denganku memberi direction untuk ke sana agak sukar ku fahami kerana banyak yang AKU TAK CAM JALAN!!

cuma, suami Zana ada menyebut, lebih mudah kalo aku ambil jalan menuju ke Sg. Buloh, kemudian ambil Tol yang nanti akan tempuh Restoran Jejantas Sg. Buloh.

alamak! macamana ni???

sudah habis pikir, aku membulatkan tekad.. REDAH JER!

sebelum bergerak, kubaca doa naik kenderaan dan dihujung doa itu:

".. Ya Allah Ya Tuhanku
aku memang tak tau langsung jalan untuk ke Kota Damansara ni
Kau tuntunlah aku Ya Allah, ke tempat yang ingin aku tujui .."

sepanjang perjalanan itu, mulut aku tak henti-henti terkumat-kamit mendoakan perkataan itu berulang-ulang.

kereta aku meluncur saja mengikut gerak hati dan tanganku ketika memutar stereng.

tiba-tiba aku ternampak papan tanda menuju ke Kota Damansara. selepas membelok ke kiri aku ternampak lagi papan tanda menuju ke Masjid Kota Damansara. Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah.. Kau permudahkan perjalanan dan niat aku. rupa-rupanya aku tidak perlukan alat GPS untuk ke sana. semua ini pertolongan DIA.

kebetulan pula Mariam telefon aku bertanyakan aku dah sampai dimana, terus kuberitau yang aku sudah sampai di Masjid Kota Damansara. dia agak terkejut.

mungkin orang lain beranggapan cerita ini hanya biasa-biasa saja.. tapi, buat aku, aku merasa takjub dengan pertolongan Allah ini.

dalam kehidupanku yang sederhana ini, Allah sudah perkenankan doa-doaku. keluarga sederhana dan tempat tinggal sederhana, aku bersyukur sangat-sangat. dan selalu kupanjatkan doa semoga aku tidak kufur nikmat dan tidak melupakan DIA Yang Maha Pengasih.



nota kakiayam : aku puas kerana dapat bersama ketika memandi dan mengkapankan RK .. dan sempat kukucup dahi arwah buat kali terakhir.


*


1 orang bersuara:

kuchintaantik said...

saya banyak berlajar dari anak saya 11 tahun yg akan sentiasa angkat tangan berdoa kepada Allah, hatta hanya utk bermain game sekali pun. Tq kepada ustaz/ustazah disekolah yang mengajarnya..

Powered by Blogger.