Tuesday, March 22, 2011

kebulur



kalo tengok video kat bawah neh..
rasa hiba sangat hati
dan yang paling aku tidak sanggup
melihat kanak-kanak menangis kerana LAPAR




cuma tertanya-tanya
betul ke perangkaan tu?
makna kata memang ramai lagi manusia dalam dunia ni
yang kebulur?
adakah setiap tahun angka itu terus meningkat?

negara kita Malaysia ni bagaimana?
ada ke rakyatnya yang kebulur?

tadi aku mencari-cari sumber di tenet
tapi, belum berjumpa

kalo miskin, ye..
ada di setengah-setengah negeri di Malaysia
rakyatnya masih ada lagi yang
"kais pagi, makan pagi .."
tapi belum sampai kebulur

ada satu yang bermain-main dibenak pikiranku
kalo kita ke Jalan TAR,
atau kadang-kadang di pasaraya
kadang-kadang di petrol station
kadang-kadang di kedai/warung/restoran
dan kadang-kadang di pintu masuk bank

kita akan didatangi anak belasan tahun
menghulur pada kita sijil yang berlaminat
dan dalam sijil tu tertera tujuan untuk meminta derma/sedekah
dan bila ditanya katanya dari rumah anak-anak yatim
atau dari sekolah-sekolah agama

PERSOALANNYA :

(1) kenapa anak-anak ini berkeliaran meminta derma/sedekah sedangkan pada waktu itu sepatutnya mereka ada di sekolah?

(2) adakah Pusat Zakat terlepas pandang?

(3) adakah sekolah/rumah anak yatim tersebut sudah membuat permohonan di Pusat Zakat, tapi ditolak?

sebab kena apa aku tanyakan persoalan ini, beberapa bulan sudah, Surau Al-Faaiziin (taman perumahan aku) mendermakan sejumlah makanan di salah sebuah rumah anak-anak yatim kerana diberitakan anak-anak dirumah itu sudah beberapa minggu makan nasi berlaukkan kicap!


nota kaki ayam : aku pernah didatangi anak sekolahan yang meminta derma ketika aku sedang makan tengahari di restoran, bila dipelawa dia untuk membelikan makanan, bersungguh-sungguh dia menolak.. hati aku menangis bila membayangkan, kalo itu adalah anak aku..



*

14 orang bersuara:

bintangjauh said...

Salam Ratuku Uji, malang nya dinegara kita dimana sahaja tegaknya pusat membeli-belah yang semi-famous ke, yang famous-famous ke, rakyat Malaysia pabila keluar saja dari rumah terus bertenggek di shopping-complexs kerja-nya makannnn 24/7, non-stop lagi kalau boleh tak nak balik dek kerana keperlahapan dengan makanan, bukan kerana kebulur tak cukup makan akan tetapi semata-mata mengisi kehendak anak tekak yang terlalu kebiasaan makan tanpa sempadan.

Tidak hairan-lah banyak peminta sedekah clandestine yang menggunakan atas nama sekolah ugama/rumah anak yatim semata untuk meraih duit, mereka tidak lapar yang lapar ialah bapak mafia, bukan pusat zakat terlepas pandang tapi terlepas tangan, negara berdaulatkan atas nama Islam akan tetapi lalai lagi cuai terhadap hukum derma, zakat fitrah, tidaklah Ratna fahami kerana tidak mungkin pegawai ugama lansong tidak mengambil tindakan keatasnya. Perut masing masing semuanya buncit kalah perut ibu mengandong, akan tetapi menguruskan hal ehwal fundamental buat lengah sahaja sampai sekarang tidak ter-urus.

sedar atau tidak ? Pabila melihat ragam manusia pabila setiap week-end meluangkan masa dengan makan, berhenti sekejap minum, berhenti sekejap lagi makan itu dan ini dan berhenti lagi mengcekik dan masih mengunyah lagi tak henti henti.
Iya Ji, bayangkan lah, anak dan ibu seperti di-video diatas, ada kah kesedaran yang seinsaf-insafnya sebagai insan yang bersyukur bahawasanya kita dilimpahkan dengan sebuah hidup yang semenggah olehNya, tidak kah mencukupi hanya diminta jangan membazir makanan dan duit semata mata untuk menyedapkan ego taraf hidup?

Sedangkan dirumah sendiri, kekadang membuang makanan, membazir lagi, inikan makan diluar pabila rasa makanan itu tak sedap lansong terseliuh selera dibuatnya, antara tak lalu di makan atau order makanan yang lain, itu yang Ratna sering perasan terjadi keatas manusia dizaman sekarang, terlalu mewah!!
Ya ampun, Ji .. maka itu gambaran hidup diatas adalah untuk menyedarkan kita yang bernasib baik berlindung dibawah naungan bumi yang murah rezekinya maka itu renung-renungkan lah.

Salam manis manis madu.

uji6june said...

Ratna Juwita :

kesimpulan yang uji boleh katakan, orang Malaysia memang mewah dengan makan.. sebab memang mampu, .. namun begitu, kita janganlah lupa dengan golongan fakir.. ada lagi golongan tu kat Mesia ni..

semalam dalam kuliah, kebetulan kami sekarang tengah belajar chapter Zakat. Ustaz ada sebut,.. sepatutnya pusat-pusat zakat tidak sepatutnya terlepas pandang, kalo kurang pegawai, haruslah ditambah supaya pegawai-pegawai tersebut turunpadang pergi mencari di ceruk-ceruk kampung atau dalam bandar itu sendiri, mencari orang-orang yang tergolong dalam 8 asnaf tu, supaya zakat ini dapat diagih-agihkan dengan sewajarnya.

kalo kita biarkan mereka ini teraniaya di dunia, siapakah akan berjawab "disana" di hadapan Allah nanti?


*

bintangjauh said...

Salam Ratuku Uji, pabila Ratna terankan gelagat orang Mesia kita mengenai kerenah "asyik makan itu" maksudnya kebanyakkan terlalu meng-amalkan dengan kehendak nafsu selera terhadap makanan, seolah-olah itulah cara mereka meluangkan masa week end memang senang dijawab seperti"duit aku, gaji aku, suka hati akulah nak buat macamana".
Maka itu Ratna tidak memahami mengapa kontras sungguh diantara perbezaan yang fakir miskin "kais pagi makan pagi kais petang ..?" tidak tentu ada secubit nasi bakal hidangan makan malam masihi ujud dizaman ini dimana manusia semua telah peka dengan erti maksud "kebuluran" itu.

Dan yang mewah/semi mewah/quarter mewah mampu senantiasa "tepuk dada tanya selera" habit sememangnya jelas nampak dibandar kota, terasa atau teringin sahaja terus beli itu dan ini tanpa sempadan.
Entah-lah Ji .. sedar kah mereka yang fakir miskin juga ada keinginan merasa punyai hidup yang semenggah, sekurang-kurangnya walaupun tidak kemampuan membeli apa saja dari segi material sekurang-kurangnya dari segi rezeki makanan ada senantiasa walaupun tidak mewah hidangannya tapi tidaklah sampai kebuluran sampai tersekat-sekat anak tekak. Maka itu Ratna keraskan keatas gelagat sifat orang Mesia juga tebiat orang Asia yang mempraktik-kan habit suka makan 24/7 non stop itu.

Sedar tak sedar itu terpulang kepada sesiapa yang punyai rasa belas kasihan tapi ianya tidak mencukupi dengan hanya berperasaan sahaja tanpa menyokong/membela nasib mereka yang malang.

Panjang kata Ji, sepatutnya ulama' di-Mesia wajib arif se-arif-nya mengenai membentras kemiskinan terhadap rakyat Mesia yang masihi kafir lagi miskin kerana dizaman ini dengan kekayaan dan zakat fitrah yang melimpah, mengapa yang fakir terusan mengkais-kais ??

Jadinya, yang kaya akan terusan kaya raya dan yang miskin terusan berkain perca. Sampai bila, Ji???

Salam manis manis madu

uji6june said...

RJ :

entahlah .. tak taulah uji nak jawab camne

agaknya :-

kekayaan kat dunia ni tak dibagi sama rata?

atau

berusaha lebih dapat lebih, kurang usaha dapat kurang?

tapi, yang pasti .. tentu ada sebab Allah murahkan rezeki seseorang dan sempitkan rezeki seseorang .. sebab tujuan untuk UJIAN pada manusia di muka bumi ini.

membenteras kemiskinan ni bukanlah semata-mata tugas ulama' untuk memikirkannya.. ini adalah masalah bersama.. iaitu saling bantu membantu.


.

lupekanje said...

Orang miskin mati kebuluruan. Yang kaya, mati sebab kekenyangan.
MasyaAllah....Alhamdulillah..kita tidak lagi kebuluran.

sahromnasrudin said...

assalamualaikum...negara kita kaya..

banyak yang mati kerana banyak makan..
itu sebab kita lupe nak sedekah pada orang yang memerlukan..

semoga nasib golongan fakir semakin terbela hasil dari zakat yang kita curahkan

uji6june said...

Acik :

nampak kan jurang tu?

semoga Allah lindungi kita semua ..


.

uji6june said...

sahrom :

وعليكم السلام

semoga kita tidak tergolong dalam
golongan yang liat bersedekah dan berzakat ..


.

Zuwairi Aiman said...

Salam kunjungan.. singgah la ke blog saya ;)

tasekM said...

salam singgah.







z142

lupekanje said...
This comment has been removed by the author.
lupekanje said...

err...sila apdet ini blog...sudah banyak sawang oo...hehe..

bintangjauh said...

Salam Ratuku Uji, apa khabar? sehat ke? Lama tidak ada khabar berita ..Ratna tidak boleh telefon kerna telefon-nya sakit meragam ..... hampir 3 minggu sakit itu telefon, Luqman kata kena tukar tapi tak tahu bila dibeli jadinya diam membisu dari Ratna!

Uji sebok dengan Fbook ke? beri petanda di-blog ya.

Salam manis manis madu.

Mak Wardah said...

Memang sedih Kak Uji. Kalau saya mampu ingin saya sampaikan kepada agensi-agensi terlibat, ringankan punggung, badan & tangan, peka jangan leka. Dah lama jadi silent reader

Powered by Blogger.