Tuesday, March 1, 2011

jiran oh JIRAN ..


(apa kena mengena gambar ni dengan entri kali ini.. hehehehe)



semalam kakak iparku telefon.

"Ji,.. takdelah, saja call nak cerita pasal makcik sebelah rumah ni.." dia mulakan mukaddimah.

kakak iparku ni kalo tiada hal yang penting, dia tak akan telefon aku.

"apanya.." tanyaku pendek.

"minggu lepas, dia cakap dekat saya, suruh cantas pokok pagar depan rumah ni, sebab nanti kalo rimbun sangat, pencuri masuk rumah dia.."

"aiiikkkkk??,.. pokok pagar tu kan sebelah depan rumah kita, apa pulak kena mengena dengan pencuri masuk rumah dia?.." aku menjawab kehairanan.

(yang aku maksudkan rumah kita tu sebab abang aku, Bing sekeluarga tinggal dan menjaga rumah arwah abah).

"itulah yang saya pelik tu,.. tapi tulah, nak jaga hati jiran punya pasal, saya dah cakap dengan abang awak suruh cantas pokok tu.. sekali awak nak tau Ji, agaknya sebab geram sangat, abang awak cantas pokok tu sampai kontot !.. hahahahaha .." kami pun ketawa berjamaah.

"tapi, yang tu dah setel lah Ji .. ni ada lagi satu pulak .." dia menyambung.

"hah!, kenapa pulak?.." tanyaku sambil ketawa saki-baki cerita sebelumnya.

"2-3 hari sudah, saya tanam pokok serai dalam 3-4 rumpun dekat pagar belakang rumah, sebab abang awak dah pesan dengan saya awal-awal, kalo nak tanam pokok serai, kunyit, tanam dekat pagar belakang rumah saja.. yelah, dekat pagar depan tu kan dah ada pokok rambutan, mangga, kelapa .. banyak-banyak tanam kat depan tu nanti nampak semak.."

"a'ah .. betullah tu Abang Bing cakap" sampukku.

"awak nak tau Ji, semalam makcik jiran kita tu pesan dekat pembantu rumah dia suruh bagitau saya, cabut semua pokok serai tu.. "

"amboi! makcik ni dah melampau betullah!, kali ni apa alasan dia.." tanyaku agak sedikit pelik dan sebal.

"entah, dia tak suka, semaklah, kata dia .." jawab kakak iparku.

"eh! .. bukannya tanam kat dalam kawasan rumah dia yang dia nak komplen semak, lagi pun bukannya tanam pokok tebu ke, pokok rambutan atau pokok yang tinggi-tinggi.." jawabku yang separuh angin.

sebenarnya kakak iparku dulu pernah ceritakan padaku yang jirannya yang seorang ni, ada angin sikit,.. kadang-kadang dia tak bertegur sapa dengan kakak iparku, tapi bila ada keperluan, barulah dia panggil-panggil atau tegur. hmmmmmmm... macam-macam orang dalam dunia ni ..

kalo dapat jiran yang macam ni, agaknya apa tindakan kalian?


*

12 orang bersuara:

Mamarempit said...

kita bako jer .....kita bakooo jerrr

Ms.Lilies said...

pasang siognboard..

"sila jgn tgk ke dlm kawasan rumah ini"

hahaha...

nyampahnya

uji6june said...

Mamarempit :

ko jangan Nolly ..
sian kat makcik tu, dia duduk kat atas wheelchair tau ..

tapi geram gak
makcik tu pon agak-agaklah kan ..

kakak ipar akak tu tanam pokok renek2 je
bukan species yang menjalar leh masuk
kawasan umah dia ..

tanam pokok serai tu pon
pasal nak jimat duit banjer dapo
ko tau je ler
serai seikat 3 batang tu pon dah
tigo posen - 40 posen kan?

.

uji6june said...

Lilies :

leh pakai gak idea tuh ..

atau pun signboard munyik camneh:-

"sila jgn banyak songeh,
saya akan tanam pokok apa yang saya suka
asalkan dahan pokok tak terjelir ke kawasan rumah anda"


hehehe.. panjang pulak signboard tuh ..


.

bintangjauh said...

Ratuku Uji, la..Ratna ingat ditahah-air kita jiran-jiran semuanya baik belaka dan tidak berkisah sangat pasal pokok tanaman ni.

Jangan disini ditanah Peranchis ni, ya ampun! cerewet dan segala tanaman pokok besar yang tinggi ke, sontot ke, pokok panggalnya kena dan wajib ikuti itu undang-undang yang telah ditentukan contohnya bila teringin menanam satu pokok jarak jauh dari garisan limit pagar tanah jiran wajib dihormati tidak boleh melebihi 2 m dan tingginya hanya 1.80 m sahaja kecuali jika ditanam ditengah taman jauhnya jika pohon dah melambai-lambai kekawasan taman tanah jiran wajib dipotong itu dahan, part paling sedap ialah pabila pokok itu berbuah dan buahnya terjatuh dikawasan tanah taman kita tidak boleh diambil kena pulangkan kembali itu buah, kata undang-undang bukannya hak kita jadinya jangan nak mengada-ngada teringin!! Alang tu, nasib baik itu jiran baik lagi pemurah, kalu.. kena mengutip lagi dan pulangkan itu buah-buahan ke-owner-nya, jiran Ratna kata ambikkan dan kutipkan saja dah melambak sangat sampai tak tahu nak buat apa dengan itu buah. Nasib baik segitu alkisahnya, kalu!!

Macam-macam ya, susah berjiran dengan manusia yang tidak punyai pertimbangan berperi-kemanusiaan ini. Walaubagaimanapun Ji, bagai nak rak Ratna ketawa pabila membaca perbualan Uji dan Kakak-ipar, awet muda jadinya!!

Salam manis manis madu.

uji6june said...

RJ;

yang sebenarnya jiran-jiran yang lain, ok jer ngan kakak ipar uji ni .. cuma makcik ni je lah

ratna kan pernah datang rumah arwah abah uji kat rawang tu kan? .. kan belah pagar belakang tu mana ada tanam apa-apa .. kalo ratna tengok 20 tahun sudah macam tu, sekarang ni pon masih macam tu jugak.. tak tanam apa-apa, ikut macamana kemahuan arwah abah.

kakak ipar uji banyak tahun lebih muda dari uji, so .. macam tulah bunyi percakapannya .. hehehe .. kami panggil nama saje ..

kalo ngan kakak ipar lain, bunyi macam manja sikit .. erkkkkk .. ye kew?

.

Tijah said...

titer webus dia dlm pwejer kuker.

uji6june said...

Tijah :

ishk! jaatnya awak
nak webus dia
tak sampai ati titer dengar


*tomei tan? takap tamni .. hihi

.

J@J@ / Bini The Rock said...

err..nak tanya ni kak

agaknya kat laman rumah dia, ada tanam pokok ape erk?? mesti lapang mcm padang jarak padang tekukur kan kak??

uji6june said...

Jaja :

dulu kat depan umah dia
ada pokok mangga rendang
entah mana pergi entah pokok tu
dah kena tebang kot ..

yang ada rumput je lah ..
tak tau ler esok2 .. rumput tu pon
dia nak tebang! .. :p

.

NaniRostam said...

Assalamualaikum...hangen jugak dengar....tapi buat tak tau jer....melainkan kalau dia bangun dari wheel chair tuh then nak cabut-cabut pokok serai tuh....barulah sinsing baju ajak gaduh...hehhe tengok sapa kuat!!!

uji6june said...

W'salam ..

hehehe.. garang jugak Puan Nani ni yek!


.

Powered by Blogger.