Friday, February 18, 2011

kurangkan kebergantungan




sebenarnya tiada apa yang penting sangat untuk diceritakan kali ini. cuma, ada sesuatu yang aku kira boleh dikongsikan bersama.

dalam hidup kita ini, kadang-kadang kita kena belajar kurangkan kebergantungan pada suami. bukan maksud aku nak suruh jadi machismo (apa ke maknanya tu, gugellah sendiri)
bukan!
bukan!
bukan!

aku bagi contoh paling mudah :-

kalo tiba-tiba en. suami sakit,.. setakat demam kura-kura, rasa-rasanya masih lagi kuat untuk putar stereng, ye tak? habis tu,.. kalo kaki patah?, berbungkuih?, bersimen? ..

tu pasal isteri kena belajar memandu dan ada lesen kereta, jadi taklah terencat perjalanan hidup seharian..

aku biasa ditinggalkan suami kerana tuntutan kerja pejabatnya.

pernah ditinggalkan 2 minggu kerana beliau ditugaskan ke terengganu. masuk hari ke berapa entah, anakku athirah yang ketika itu berumur 4 tahun, demam rindukan ayahnya. aku cuba hubungi en. suami tapi tak dapat kerana ketika itu beliau ditengah-tengah lautan (offshore), mungkin takde coverage. aku dah bawak athirah pergi 2 buah klinik, namun demamnya tak kebah-kebah.

malam tu, selepas balik dari kerja, aku bercadang nak bawak athirah pergi GHKL. disebabkan dia tak mau diletakkan di seat depan atau belakang, aku bertekad memangkunya diribaanku dan sebelah tangan kananku memegang stereng kereta. ketika itu aku berserah je pada Allah. adakah aku kena tunggu sehingga en. suami balik?

pernah juga ditinggalkan selama sebulan kerana beliau bertugas di Labuan dan pada tahun yang lain pula, sebulan juga ditinggalkan kerana bertugas di Johor. jadi, selama sebulan itu segala keputusan hal ehwal rumah, hal ehwal anak-anak, aku terpaksa putuskan sendiri.

dan .. aku biasa menjadi supir en. suami (ketika itu aku sudah berhenti kerja), ketika ditugaskan di luar daerah. beliau mengadu kalo memandu jauh-jauh itu nanti akan kepenatan dan tiada tumpuan pada kerja.

kesimpulannya, janganlah jadi isteri yang manja meleleh ..


*


5 orang bersuara:

bintangjauh said...

Salam Ratuku Uji, Ya-lah Ji..ni nak beralkisah sedikit mengenai pengalaman Ratna semasa expat 3tahun ditanah-air.

Seperti yang Uji maklumkan Ratna ni berkahwin kemain dengan orang Peranchis dan menetap diPeranchis akan tetapi ya ampun kuno habis!!!

Tu-lah dipanjangkan penjelasan selama ber-expat ditanah-air Ratna ni memang naturenya bersifat "low-profile" wajib sedar diri kerana banyak kekurangan dari segi menjadi wanita moderen ni, ditanah-air kemain tempat-tinggalnya cukuplah glamour Sri Kenny lagi! Siapa tak tahu Sri-Kenny diBukit Tunku tu.
Jadinya mula- mula Ratna ni tidak ada siapa yang mahu berkawan tak laku, dah lah tak ada pembantu rumah (orang kita panggil orang gaji/amah) ditambah pulak tak reti bawak kereta, betul! tak ada lesen percaya tak!!

Disebabkan Ratna ni "out of category" wanita modern kesimpulannya out dari segala category-lah.

Akan tetapi Ratna ni sedar Diri dan Allah SWT ingin menunjukkan balasan "life lessons" ni terhadap kesemua Ratu yang begitu memandang rendah terhadap Ratna, ya-lah tinggal ditempat glamour tapi bila keluar kena tunggu teksi diluar condo, barulah terbang itu glamour!!
Jadinya mereka semua bergaduh antara satu sama lain sampai... tidak perlulah Ratna ber-details sangat, yang mereka "underestimated" tu-lah lansung semua kembali berkawan dengan Ratna.

Dek kerana harga diri bukan Ratna tidak maafkan mereka semua yang membuat Ratna begitu terkilan ialah Ratna tidak ada buat apa-apa kesalahan cuma tidak punya pembantu dan lesen kereta,di-boycotted-kan segitu sekali!
Hingga kini mereka semua segan dengan Ratna.

Ada satu jiran Ratna tinggal diatas bukit dikampongulu ni, bulan lepas beritahu Ratna yang keretanya sakit kena di-repairkan dalam 2 minggu katanya patah sayap tak senang duduk dirumah kerana tak boleh keluar sesedap hati dan menanya keRatna bagaimana Ratna boleh hidup tanpa keluar kesana-sini bebas nak kemanapun boleh tak perlu tunggu suami.

Ratna jawab balas wajib di-assumed kan diri terhadap cara hidup yang dipilih, itu sahaja, katanya lagi teringin menjadi seperti Ratna yang tidak terkejar-kejar kesana kesini.

Tu-lah Ji, bagi Ratna setiap"indifference" disetiap umat itu harus diterima kerana kita dilahirkan berbeda diberi kemampuan diri terhadap sesuatu itu, lagipun telah Ratna "warning-kan" sang suami sebelum berkahwin lagi, sanggup ke menanggung Ratna yang kuno ini? jawabnya Mamannya pun tidak reti bawak kereta jadinya beliau telah sedia maklum dengan masaalah tersebut, alang tu, secara kebetulan Luqman berkahwin dengan wanita sama serupa Maman-nya.

Kesimpulannya Ji, memang benar semenjak era hidup yang modern ini masing-masing kena boleh semua akan tetapi ianya bukanlah pusat"essential" yang mesti dipatuhi kerana perlu direnungkan kepada semua umat yang miskin mampukah mereka membeli sebuah kereta sedangkan makan pagi kais pagi......makanya ada public transport, kalu?

Kasihan Luqman..sampai tualah jadi supir!!

Salam manis manis madu.

uji6june said...

Sahabatku RJ :

agak bercabaran mau menjawab komenmu ..

kereta dan memandu itu sebagai contoh saja
mungkin orang lain beranggapan, kata-kata uji
ni sebagai "takde maknanyaaa.., sikit punya hal lah!!!"

sebenarnya entri uji kali ini, adalah berkaitan dengan seseorang yang uji pernah kenal.. uji rasa lemas/rimas dengan beberapa sikapnya, terutama tak henti-henti bergantung pada orang.. sebenarnya ini sikap yang tidak baik. entri di atas ini juga sebenarnya peringatan untuk diri uji sendiri.

Ratna mungkin kekurangan dari segi keterbatasan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain, dan terpaksa menunggu Luqman .. kekurangan tu pun, bukan Ratna sorang aje dalam ini donia.. tapi, dari sudut lain, Ratna adalah seorang isteri yang independent.. bukankah Ratna selalu ditinggalkan Luqman kerana tugasan di luar negara .. kadang berminggu2 kan? dan kadang2 terpaksa memikul tanggungjawab yang sepatutnya tugas suami.

uji cuma nak katakan, setiap isteri sebenarnya HARUS bersedia bila-bila masa dipamit suami..

berkenaan dengan Ratu-Ratu Ratna di Bukit Kenny tu.. sudah-sudahlah hidup menyombong dan suka menunjuk-nunjuk tu.. sikap menyombong tu bukan boleh dapat piala!!!!

Salam Rindu..

*

bintangjauh said...

Ratu Uji, seperti Ratna Nyatakan Ratna ini bersifat sedar diri itu sahaja, makanya Luqman selalu terpegun kerana cukup sabar dengan apa juga halangan tanpa keluhan cuma satu sahaja yang Ratna teruk, nak tahu apa? bila sakit seperti demam ya ampun punya-lah "demanding" kalah nenek tua punya jagaan, diminta diprihatinkan itu jagaan bagai nak rak!!




Segini seperti Ratna Nyatakan kesedaran diri ini Ji, maka itu disini jiran-jiran Ratna semuanya terpegun kerana bila kekedai ke, kesekolah Elyne ke, jumpa doc ke (sebab disini semuanya ada) Ratna tidak kesah lansung pergi berjalan kaki walaupun jauhnya dekat 2 km kerana Ratna tidak senang mengganggu jiran semua atau menunggu sang suami (kecuali yang jauh banget)

Sampai mereka kata segan dengan Ratna kerana pergi kebus-stand menunggu bus sekolah yang jauhnya selangkah itupun mereka pergi dengan kereta sebab bila musim sejuk elakkan itu sejuk, hujan pun gitu tapi Ratna tak kesah kerana wajib terima dengan seadanya.

Ji nak tahu salah satu jiran Ratna tu sampai ada perasaan cemburu terhadap Ratna kerana jiran didepan rumah kata macamana itu Ratna boleh kebal apa pun diharunginya tanpa kelohan, ya ampun Ji..bila direnungkan hidup ini masih ada ramai lagi didunia yang luas ini lagi malang dan susah hidupnya!!

Mengenai Ratu semua diBukit Tunku itu tidak-lah Ratna kemarukkan persahabatan yang berasaskan keatas "façade" diluaran itu Ji, tidak juga Ratna kesah dan hiraukan kerana didalam hidup ada lagi penting dari bergelumang dengan manusia yang penuh bersikap "pathetic dan lamentable" itu.

Habis gimana Ji, terima Ratna dengan seadanya ya.
Salam manis manis madu.

uji6june said...

RJ :

manusia ini kalo dia terbiasa dari kecil merasa perit dan getirnya untuk mendapatkan sesuatu itu .. sehingga ke dewasa/tua dia akan menghargainya dan paham apa itu kesusahan.

TAPI, .. jangan terkejut, ada juga segelintirnya bila sudah senang, umpama "kadok naik junjung"

ye, betul .. sifat-sifat itu yang harus kita tanamkan dalam diri kita.. bersyukur, kalo rasa diri kita susah, ADA LAGI manusia diluar sana yang lebih susah dari kita.

Ratna pun tau kan?.. siapa sahabat/kawan uji, boleh dibilang dengan jari, kerana atas-atas sebab yang uji pernah ceritakan pada Ratna dulu ..

*

الراوضه الخنسا said...

puan uJi: ish3, buruknya perangai kanak-kanak itu.

puan RJ: suka dengan penulisan bintangjauh! :) aunty Ratna! ^^;

Powered by Blogger.