Thursday, February 10, 2011

insan gelandangan






semalam lepas maghrib.. ketika makan malam, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. hati terdetik dan mulutku tersebut "ishkkk! .. kemanalah orang-orang yang tak berumah tidur agaknya, ye dik .." pertanyaanku tidak berjawab, hanya disambut dengan mengangkat kening oleh anakku, athirah.

kemudian, selepas isyak, aku bermalas-malas dikatil sambil jari tanpa tujuan menekan button remote control tv mencari-cari siaran bagus. kulihat jam didinding sudah 9 malam. otomatis jari ini mencari siaran tv3. eh! tiba-tiba tajuknya "gelandangan" dari Rancangan 360. baru maghrib tadi aku memikirnya, tak sampai berapa jam keluar cerita ni pula.

sepanjang Rancangan 360 itu, aku terkedu, rupanya di KL masih ramai manusia yang tidak berumah, menumpang teduh di kaki lima atau di mana sempat.. asalkan mata dapat lelap!

sebenarnya, bukan semua insan gelandangan ni kuturayau atau sampah masyarakat seperti anggapan sesetengah orang.. ada yang punya kerjaya sendiri, tapi dek kerana kos sara hidup yang amat tinggi sekarang ni, mereka tidak mampu untuk menyewa rumah yang rata-ratanya RM400-RM500 ke atas.

dari temuramah wartawan semalam, ada seorang pengawal keselamatan sanggup tidur di kaki lima supaya dia dapat menjimatkan duit sewa rumah agar dapat dihantar ke kampung untuk anak dan isteri.

wartawan juga sempat menemuramah seorang lelaki bujang berumur pertengahan 40an berbangsa tionghua. beliau juga menjalani kehidupan yang sama. siang hari beliau bekerja sebagai eksekutif jualan. namun begitu, beliau rasa bernasib baik kerana tidak berkahwin .. kalo tidak macamana mahu menyara anakisteri, sedangkan diri sendiri masih berkelana.

setiap hujung minggu, ada beberapa pertubuhan NGO ~ Reach Out dan Rumah Nur Salam akan menghulurkan makanan dan pakaian kepada insan gelandangan ini. disamping itu mereka akan diberi bimbingan dan kata-kata perangsang atau kadang-kadang pihak NGO ini duduk mendengar luahan hati insan yang kurang bernasib baik ini.

sesetengahnya meluahkan perasaan yang mereka ini juga ada maruah diri, bukan sekadar menadah tangan mohon simpati dan bantuan. mereka hanya mohon mereka ini diberikan pekerjaan agar dapat menyara hidup sendiri.

amat menyedihkan, tapi inilah hakikat kehidupan.

kemanakah pengakhiran hidup insan gelandangan ini?



*

0 orang bersuara:

Powered by Blogger.