
tanggal 14 Februari setiap tahun, kebanyakan pasangan menganggap sebagai hari keramat untuk mengungkapkan kata cinta. definisi cinta berkiblatkan sejarah orang barat itu menguji keimanan kalangan mereka yang mencari erti cinta sebenar.
dalam menggapai cinta hakiki, zikrullah menjadi nadi cinta insan terhadap Pencintanya. amalan bertasbih, bertahmid dan bertakbir dapat mendekatkan hati agar sentiasa ingat kepada Allah SWT.
tanda cinta apabila hati bergetar tatkala nama Allah disebut.
adakah anda seorang Muslim?
Say No untuk Hari Valentine
Say Yes untuk Allahu Akhbar!
*
**
*****
**
*
saban tahun, para ulama' acapkali mengingatkan umat Islam agar menghindari sambutan Hari Valentine, tetapi ia tidak ubah seperti mencurah air di daun keladi.
firman Allah SWT yang bermaksud "Iblis berkata, Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semua, kecuali di antara zuria-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". (Surah Al-Hijr (15) : 39-40).
berdasarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulama' telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam.



6 orang bersuara:
Ontah eh kan kak...
Kan ke hr2 pun berkasih syg...
Nak jugak disambut2
Mimi :
tulah kan? ..
tak paham sungguh
akak ngan konsep tu ..
*
Ratuku Uji, la..barulah betul, Ratna ni nama aje berkahwin dengan abang Peranchis, banyak cliché tentang tebiat orang Peranchis ni, super romantiklah yang tiada tandingannya, prihatin dari segala atas nama sebuah cinta-lah, sanggup berkorban bagai nak rak-lah dan banyak betul lah, lah, lah tu, tak larat nak disebutkan sebab terbanyak sungguh!!
Yang ironinya Ratna dan CintaJL sepanjang berkenalan sehinggalah berkahwin tidak pernah never ever menyambut St Valentin ini, nak tahu apa CintaJL jawab bila anakanda tanya: papa tak sambut St Valentin ke? Papanya jawab: St Valentin tu apa? Jadinya muka-wajah anakanda terus jadi tersedu!!
Memang Ratna setuju sungguh untuk apa disambutkan sangat hari tersebut, buat kaya kedai bunga, restaurant, gift-shop, kedai chocolate dan segala bagai kedai, lepas tu ditekan diteran habis harga melambung-tinggi, ambil peluang, yang ngang siapa?
Ya, ya ramai yang tidak setuju dengan pandangan Ratna ini, tidak mengapa selagi kalian bahagia, bahagia-lah ya.
Salam manis manis madu.
Ratna :
sori lambat reply comment Ratna, sebab 2-3 hari ni sebuk ngurusin rumah sewa en. suami.
entahlah ye,.. orang kita ni suka sangat meniru-niru gaya hidup orang barat.. kalo ada yang ditiru itu tak melanggar hukum2 agama, boleh juga dipertimbangkan..
ye, Ratna wajib tekankan pada nichola, elissa dan elynn yang itu bukan yang dituntut agama kita .. insyaAllah ..
nichola dan elissa dah besar dan dah paham ..
betul juga kata Ratna,.. mengkayakan tokeh kedai bunga jer .. pastu harga berlipat2 kali ganda ..
.
uji, bilo ghumah kau ni bebukak ni. Selalu marin akak datang asek bokunci yo..
Mintak kupi secawan hah...
Kak Pah :
dah duo bulan den bukak Kak Pah oiii .. hehe
Kupi chap Radix boleh? ^____^
.
Post a Comment