aku setuju sangat dengan entri Tuan Kereta Mayat kali ni ..
seblom ni pun, aku pernah terbaca entri Tuan Al-Lavendari dari topik yang sama
kita bukan nak kutuk atau memperkecil-kecilkan
tapi kita kena perbetulkan
attitude usahawan melayu ni
betul lah tu.. orang melayu ni dalam ILMU BISNES agak terkebelakang
kalo ada usahawan yang betul-betul maju pun,
itu adalah kerana dia bersungguh-sungguh
mempelajari dan mempraktikkan ilmu bisnes
dari kaum cina atau mamak yang ada disekitarnya
dari sudut pandangan aku sebagai pelanggan
kuperhatikan, melayu ni kalo berniaga
kira nak untung cepat dan kira barang terjual, cukuplah!
dari sudut perkhidmatan/servis memang tercorot ..
sebagai contoh, bisnes makan :-
kalo pergi restoran/kedai/gerai makan orang melayu
katalah, kadang-kadang kedai tu dah dipenuhi orang
sepatutnya, si waiter cubalah pujuk pelanggan
kata tunggu sekejap dan akan usaha carikan meja kosong
ini tidak .. kadang-kadang pelanggan terkial-kial/termanggu-manggu/
tertoleh-toleh mencari meja kosong ..
si waiter buat tak gheti je berdiri kat situ
atau pun purak-purak tak nampak pelanggan yang terkial-kial ni ..
lagi satu kuperhatikan ..
daripada taukeh yang kebiasaannya duduk kat kasyier
sampailah ke waiter
masing-masing muka ketat ..
payah betul nak nampak dorang senyum
mesra?.. jauh sekali lah!
apa? korang ingat aku datang sini nak makan free ke ???

cuba korang bandingkan mamak berniaga
lalu je depan kedai dorang,
sambil senyum mesra alam flora menyapa kita -
"boss, mari masuk
sini beriani ada, nasi campur ada,
tosei ada, roti canai adaaaaa .."
kalo kedai hardware cina plak
katalah ada barang yang korang cari tu kehabisan stok
dia akan tanya atau telefon pada kedai kawan-kawan dia yang lain
dia usaha carikan untuk pelanggan
takde pon busuk hati, nak untung sorang!
kalo peniaga melayu, nampak je kedai sebelah
ramai orang masuk dan menjadi tumpuan
mulalah iri hati dan cari jalan macamana nak mandrem!
kalo inilah sikap usahawan melayu
sampai bila-bilalah kita tidak akan dapat menandingi
usahawan cina, mamak dan india di negara kita !
lepas ni jangan plak nak mengomel kata :-
"macamana nak maju, orang melayu sendiri tanak tolong melayu"
chaittttt !!!
*



4 orang bersuara:
setuju sangat dengan tulisan ini. tolong salah tak tolong salah.
sebelum entri itu, ada entri saya yang lain tentang perkara yang serupa kat bawah. kalau ada masa sudikanlah baca.
http://al-lavendari.blogspot.com/2010/09/alahai-juruletrik.html
terima kasih kerana linkkan kat blog saya.
tu lah dia Tuan Al-Lavendari
kita ni seboleh-bolehnya nak kaum kita maju
dan seboleh-bolehnya beli kat dorang
walopun kadang2 barangan tu mahal sikit
tapi dorang sendiri tanak memajukan diri
masih duduk di takuk tu je ..
hmmm ... ntahlah..
owh, nanti saya baca entri yang itu..
terima kasih juga pada tuan, kerana sudi follow
dan bloglistkan saya ..
*
Ratu ku Uji, ya-lah Ji, semasa Ratna ditanah-air, pergi ke-Chow Kit untuk membeli mangkuk nasi, tapi Ratna sampai terlambat kedai dah nak tutup.
Cepat berjalan menuju kekedai masuk saja dapat beli ada mangkuk nasi tu, akan tetapi kedai tawke cina tersebut cuma ada satu model sahaja, beli jugak 2 mangkuk nasi dan terus tanya ada tak lagi kedai ada menjual mangkuk nasi lalu tawke cina kata ada dikedai sebelah, Ratna pun terus bergegas ke-kedai sebelah kedai melayu tanya terus malangnya abang kata kedai dah nak tutup dan hampir semua barang dah dibawa masuk dan dikemas kedalam kedai, Ratna terangkan datang dari jauh kalau boleh tolong ambilkan, abang jawab tak boleh sebab mangkuk nasi dah dibawa masuk ke-atas dan pekerja dah nak balik, Ratna kata sampai hati datang dari jauhpun lansung tak ada "consideration" lansung, walhal Ratna nampak mangkuk nasi tu ada tergantung, abang kata lagi maaf ya kak datang besok, Ratna kata besok tak boleh sebab dah kesuntukkan masa dan tinggal jauh nun dihujung PutraJaya tempat tinggal Ibunda, abang jawab lagi a la.. akak pergi kedai sebelah, Ratna jawab sampai hati ni dah beli 2 dikedai sebelah sebab nak beli lagi satu dengan model yang tak sama dengan kedai sebelah, Ratna ingat pasti abang tu pergi ambil tapi tak jugak katanya leceh sebab banyak barang yang menghadang dimana tergantungnya mangkuk nasi tersebut.
Dengan rasa tawar hati Ratna pun keluar sambil membebel dan pandang balik ke-abang, kata lagi sampai hati! abang tu membalas bebelan Ratna dengan senyuman sahaja walhal kedai cina sebelah dimana Ratna beli 2 mangkuk nasi pun dah nak tutup beri Ratna masuk dan suruh Ratna tengok dulu mangkuk nasi tersebut katanya takut tak berkenan nanti lepas tu sampai ambil 5 mangkuk yang sama sebab Ratna kata nak yang cantik saja sebab mangkuk yang pertama tercalar sikit jadi Ratna tanya boleh pilih, tawke cina kata pilih, pilih no problem, suruh lagi pekerjanya pergi ambil stock baru.
Ratna kata tak apa ke Ratna makan masa memilih mangkuk tersebut, tawke cina kata jangan risau lagipun Ratna dah didalam kedai tak kan layan gitu aje, baik sungguh dan dikasinya Ratna discount lagi. Alang tu, bila dalam kereta Ratna cerita ke-Ibunda lansung kata orang kita berniaga bukan nak kaya asalkan ada rezeki ala kadar dah!
Baru lah betul Ji. Dari pengalaman Ratna itu nampak dengan nyatanya yang orang kita tak kisah lansung mengira kerugian dari satu pembeli itu walaupun boleh untung 52 ringgit, lebih sanggup tutup kedai dari memenatkan diri semata-mata bersusah payah melayan kehendak seorang pembeli ataupun orang kita berfikir walaupun rugi dengan seorang besok lusa boleh meraih balik keuntungan itu.
Makanya orang kita berniaga berundur 2 kali ganda lambat boleh jadi kaya jika dibandingkan dengan kaum cina dan india
Bagi Ratna orang kita lebih pentingkan setakat boleh bekerja sahaja, perkara bisnes yang selebihnya pulak lain chapter, gitu ke Ji!
Tu yang susah nak meramalkan pendirian orang kita mengenai bisnes ni Ji, yang lebih selalunya banyak yang menyeringai 24 jam! betul ke.
Salam manis manis madu.
see.. Ratna sendiri dah mengalami peristiwa yang menyebalkan hati.. orang melayu ni perangai dia, tak kira samada dia taukeh ke, atau makan gaji .. kalo dah nak tutup kedai, kalo ada pelanggan yang datang singgah, dia macam acuh tak acuh melayan.. dia malas nak kerja lebih masa.
Berbeza dengan attitude orang cina, layan pelanggan macam raja.. dia anggap setiap pelanggan yang masuk kedia dia tu rezeki.
*
Post a Comment