Thursday, January 20, 2011

sahabatku, RJ ...


ni senornya N3 aku bulan Oktober tahun lepas.
(eh! jangan-jangan dah basi tak?)

sebabnya masa tu aku malas nak sudahkan
..
malas betul .. malas .. malas .. betul
diakan, kalo penyakit "M" ni dah menyerang
ko pujuk camne pon takkan jadik punya ..


ok, citer dia camni ..


once upon a time .. (eh! rasa tak kena lak mukaddimah cenggini).


ti jap, cari aura lu ..


*
***
*


aku dapat call dari classmate aku, RJ @bintangjauh yang bermastautin di Panissage, Peranchis bahawa beliau akan pulang ke Mesia pada 23 Oktober atas beberapa urusan yang perlu diselesaikan. jadi dalam waktu yang sama, dia jugak nak amik kesempatan untuk jumpa ngan Ratu-Ratu (hehehe .. jangan menanah telinga lak, itu memang istilah dia, buat kitorang-kitorang ni lah!).

dari borak-borak kami yang 2 jam tu (jangan tekujot, itu stendet lama yang dia salu borak ngan aku) banyak sungguh kerisauan yang bersarang dalam lubok hatilimpapeparu beliau dalam perancangan untuk bergeder-gederan ngan Ratu-Ratu yang sudah berbelas-belas tahun tidak berjumpa .. biasalah, orang pompuan kan?

"risaulah .. kulit saya dah kerepot, tak tegang .. cam dulu.."

"tapi, kalo kita jumpa bulan Disember mesti best, masa tu kulit tengah cantik.."
(sumpah! aku tak paham maksud RJ, tapi.. aku rasa mungkin berkaitan dengan cuaca kat sana kot).


"saya ni, sungguh pun duduk obersea, tapi saya masih kekampongan lagilah Ji .."
(dulu aku pernah tulis N3 tentang kawan aku ni, cer korang nilai sendiri.. kampong ke tak kampong ..).

pastu aku cuba sedapkan hati dia (senornya, aku pun cuak gak nak jumpa ngan classmate lama aku yang lain tu, maklum vodi aku pun dah xxl, tapi aku buat-buat macho pujuk RJ .. akakaka).


"alaaa .. rileklah RJ, kita ni semuanya sama jer .. apa yang ko expect kalo dah puluhan tahun tinggalkan sekolah, kita ni mesti kedut punya disini-sana.." (<-- macho tak ayat aku? ... ekekek).


"iyelaaaaaa .. tapiiiii .."
(ada lagi ayat dia .. tapi aku dah lupa ..).


sebenarnya RJ ni memang camni.. dia orangnya sangat merendah diri .. lama dah kawan ngan dia dan aku paham sangat perangai dia.


inilah dia Ratu-Ratu yang di maksudkan RJ.. ekekekeke .. jangan fitam yek !!!!




yang mana satu aku, yang mana satu RJ ... pandai-pandailah korang tembaks ..



nota kakiayam : pada akulah kan.. bila kita bersahabat ni, kena ikhlas terima sahabat kita tu seadanya, kalo asyik nak nampak cantek je, cam orang pakai botox muka ketat, nak gelak kuat-kuat pun takut muka koyak.. abihtu, camne nak enjoi ngan sahabat.. tak bestlah camtu, cam plastik je, tak gitu?

*





8 orang bersuara:

J@J@ / Bini The Rock said...

salam kak uji..

akak yg berbaju jubah biru kan?? yg RJ plk mana 1 ye??

bintangjauh said...

Ratuku Uji, pagi-pagi dah buat Ratna ketawa bagai nak rak, sayangnya ketawa sorang-sorang kalau ada Uji lagi sampai menangis-nangis kelakar sungguh! Tambah lagi tu kecut tak kecut, kerepot tak kerepot, kedot tak kedot lagi sampai kebotox, tak nak! Ya sahabatku yang budiman, terimakasih dengan nota penghargaan persahabatan ini Uji terhadap Ratna, amatlahku hargai seperti kasihsayang ibu dan ayah terhadap kita. La, pasal Ratna nampak keras je, tulah dia asyik perasan dari kecik "ngalah yang paling jat (buruk/hodoh)" dah terbawa-bawa sampai bergambar pun tidak naturel, alang tu! Ji, bilaku tatap gambar Ratu-Ratu semua, teringin sungguh bersua wajah-muka dan diri kembali, ingat tak bila masing-masing RRRRR, BintangJauhhhhhh, JJJJJJ, AAAAAA dan MSSSSSS, tidak akan Ratna erasedkan, amat preciuos rendez-vous itu. Sampai baca berulang-ulang kali sebabnya kelakar teramat sungguh! Salam manis manis madu.

NaniRostam said...

Salam. Hah baru toringatkan balik wajah ayu ratna juwitaku ni......nani tak da gambar dia...sebab tu nak bayang-bayangkan macam mana muka ratna ni lepas jumpa hari tu...hahah naseb uji tempek kat sini...

salam kasih sayang.

uji6june said...

W'salam Jaja

akak yang baju biru yek?
jap akak check balik .. lupa plak .. ^____^

yang kawan akak RJ tu.. ko kena carik sendirik ..
hehe

*

uji6june said...

Ratna ketawa yang part mana tu?

sebenarnya, uji nak tepek gambar-gambar yang lain, gambar kita tengah makan, gambar tengah polok-polok, tapi seganlah plak .. ni sekeping dah cukup untuk menggambarkan kegumbiraan kita semua aritu..

Ratna memang makan gambar, photogenic kata omputeh .. macam kat luar, macam tulah dalam gambar .. apa yang tak abih-abih ngan "jat nian" neh? .. syukurlah kita ni semua sempurna Ratna..

Alhamdulillah .. Allah memang takkan bagi seseorang hambaNYA 100% sempurna.. mesti ada kuranglebih dimana-mana.. kadang-kadang bila kita jumpa seseorang, kita salu puji dia sempurna, tapi yang sebenarnya cuma Allah dan tuanpunya diri je yang tau dia kurang dimana ..

tu sebablah kita kena bersyukur ..

wallahu 'alam

*

uji6june said...

W'salam Nani ..

ok, Nani boleh save gambar Ratna Juwita selasehku sayang tu untuk kenangan .. ^_______^

salam kasih sayang jua buat Nani ..

*

bintangjauh said...

Ratu Uji, part paling yang Ratna ketawa seperti digeletek ialah part - buat-buat macho, ti jap, cari aura dulu, jangan fitam yek dan paragraph yang terakhir, panjang kata pada keseluruhan gaya penulisan Uji teramatlah sangat kelakar! Ji, dimasa depan alkisah-lah yang kelakar lagi ya kerana kat sini cuaca sejuk nan membeku boleh jadi cair dek alkisah boleh gelak sampai muka koyak.

Ya-lah Ji, part "jat nian" tu susah sangat ingin Ratna "erase-kan" tu-lah Ratna ni sentiasa perasan diri tak jelita, habis macam-mana tu Ji, dah benak begitu, lagipun Ratna tak kisah lansung sebab sedar-diri, bagi Ratna diri ini bukan didalam category wanita cantik, sampai JLuc kata Ratna melampau dan kejam keatas diri sendiri. Tak apalah Uji, pasal kecantikkan ini Ratna memang kalah, tapi Ratna bersyukur amat syukuri kerana diberi oleh Allah SWT sebuah kehidupan yang semenggah, nak apa lagi? Alhamdulillah syukran keatasNya. Salam manis manis madu.

bintangjauh said...

Ji, pembetulan komentar diatas Ratuku Uji bukannya Ratu Uji, tak boleh nanti gelaran lain jadinya, bila dah Ratu wajib Dipanggil Ratu + ku = Ratuku. nak cepat seperti biasa sampai terseliuh jari-jamari. Salam manis manis madu.

Powered by Blogger.