hah!!!! .. kan dah kena cepuk !
buat lagi kije busuk ..
UPP Kedah Rampas Minyak Masak 3 Tan
KUBANG PASU 20 Jan. - Cubaan seorang lelaki Thailand untuk menipu pegawai Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Kedah dengan mendakwa membawa minyak masak terpakai untuk dibawa masuk ke negara itu gagal apabila ditahan berhampiran pintu sempadan Bukit Kayu Hitam dekat sini semalam.
Komander UPP Kedah, Mohd. Jasri Othman berkata, dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, lelaki berusia 40-an membawa sebuah lori pikap dari arah Changlun menuju ke Thailand.
"Pihak kami mendapat maklumat mengenai kegiatan tersebut daripada orang ramai dan terus menahan lori yang dipandu lelaki ini untuk pemeriksaan lanjut.
"Kami menemui tiga tan metrik minyak masak bernilai RM6,000 di dalam lori itu, namun dia cuba berdalih dengan memberitahu hanya membawa minyak masak yang telah digunakan," katanya di sini semalam.
Menurutnya, selepas disoal oleh pegawai UPP akhirnya lelaki itu mengaku membawa minyak masak baru diproses dari sebuah stor di kawasan Changlun.
"Kami percaya sindiket ini telah lama aktif menyeludup minyak masak ke Thailand dengan berulang-alik dari kawasan Changlun ke Thailand menggunakan lori pikap setiap hari.
"Mereka dipercayai mengangkut sehingga 45 tan minyak masak sehari dengan cara mengangkutnya sedikit demi sedikit menggunakan lori," ujarnya.
Selain itu Mohd. Jasri memberitahu, pihaknya juga berjaya merampas sembilan kilogram daun ketum daripada seorang lelaki berusia 30-an yang kelihatan mencurigakan di kawasan sempadan Bukit Kayu Hitam.
"Lelaki memandu Proton Saga dan kelihatan gelisah sewaktu anggota UPP membuat pemeriksaan ke atas lori pikap yang membawa minyak masak tersebut.
"Anggota kami terus memeriksa kenderaan itu dan mendapati ada tiga bungkusan berisi daun ketum yang disyaki cuba diseludup ke Thailand," jelasnya.
Tambahnya, kedua-dua lelaki ditahan untuk siasatan dan minyak masak tersebut diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) manakala daun ketum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
sumber dari sini
disebabkan dua tiga KETUL manusia durjana (pakai ayat mamarempit)
kita pengguna yang merana
chisssss !!!!
*



1 orang bersuara:
Ratuku Uji, apa maksud mamarempit tu Ji? seludup barang-barang dari Siam ni memang dah lumrah sangat Ji, cuma masaalahnya bila barang-barang dah kurang sampai macam darurat zaman perang dulu, nak beli atau cari barang apa ke bendanya memang-nya susah!
Itu semua kata minyak dah tak ada kerana mengambil peluang ke-atas system untuk pemegang saham boleh dengan senang-lenang ber-spekulasi harga minyak! Siapa yang untung dan dapat bertimbun-timbun duit? Semuanya ini gejala semata-mata suap-menyuap antara mereka, the famous "cronies"!
Ini, bak kata Uji, Malaya adalah pengeluar minyak masak yang terbesar boleh jadi kering-kontang!
Sebenarnya bukan customs officer diborder tu tak tahu atau tak nampak kegiatan mat-lanun tu semua, dah asyik disuap 24 jam bila orang sekeliling complaint bagai nak rak sebab diaorang kata tak-kan lah customs officer tu tak pernah nampak atau tahu, dah berlapok diaorang tahu buat-buat tak tahu sebenarnya.
Sebab dah ketara sangat orang-ramai tahu dan nampak terang-terang makanya hendak tak hendak buat juga-lah operasi check-menge-check ni, operasi a la kadar atau buat syarat bak kata orang-orang tua kita.
Berita yang segini Ji sebenarnya semata-mata nak buat kita percaya yang diorang buat kerja yang sepatutnya, tapi yang buat Ratna terkilan ialah cara yang digunakan nampak sangat nak menutup kurapan officers + mat-lanun kerana keduanya bersekutu masing-masing punyai "self-interest"!
Tak perlu dihuraikan sepanjang-panjang nanti jadi muak, sedia maklum ya.
Salam mamis manis madu.
Post a Comment